Folk Tale

Kisah Musang dan Gagak

ATU57
LanguageMalay
OriginGreece

Suatu petang yang hening, seekor musang yang kelaparan sedang merayau-rayau mencari makanan. Kebetulan seekor gagak sedang terbang melintasi sang musang dengan membawa sekeping daging di paruhnya. Gagak tersebut kemudian bertenggek di atas dahan pokok tidak jauh dari tempat sang musang yang sedang memerhati.

"Daging tu akan jadi milik aku," kata sang musang kepada dirinya sendiri seraya berjalan ke arah pokok tempat si gagak bertenggek.

"Hari yang indah wahai gagak,"sapa sang musang dengan mesra. "Penampilan kau sungguh memikat hati wahai gagak: bulu kau yang berkilat, mata kau yang indah bercahaya. Aku dapat rasakan suara kau mesti merdu mengatasi burung-burung lain, sama seperti penampilan kau. Cuba kau nyanyikan sebuah lagu supaya aku dapat membuat perbandingan dan menobatkan kau sebagai Ratu semua burung," pujuk sang musang dengan berhemah.

Mendengar pujian daripada sang musang, segera sang gagak mengangkat kepala dan mula untuk menyanyi. Tetapi sebaik sahaja dia membuka mulut, sekeping daging jatuh ke tanah. Dengan pantas sang musang merebut daging tersebut.

"Aku hanya mahukan daging di paruh kau,"kata sang musang kepada gagak yang terpinga-pinga.

Sebagai pertukaran dengan daging yang aku dah telan ni aku nak bagi kau sedikit nasihat untuk masa hadapan:"Jangan percaya kepada penyanjung".

Pengajaran daripada cerita ni, jangan cepat riak kalau dipuji orang. Tak semua orang memuji/menyanjung orang lain dengan ikhlas, kadang-kadang ada udang di sebalik meegi. Kadang-kadang orang tu nakkan sesuatu daripada kita yang boleh menguntungkan diri dia tetapi merugikan diri kita. Kalau win-win situation tak pe gakkan.

Dah lama tak tulis cerita macam nikan. Hee suka pulak rasa, ni cerita zaman budak-budak dulu masa tadika, sekolah rendah. Kepala tengah ting tong ni best pulak mengarang cerita kanak-kanak. Tapi cite ni ada dua versi, satu gagak tu bawak keju, satu lagi versi aku ni la- gagak bawak daging.


Text view